awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan

Bernama
Bernama
20/01/2025
03:45 MYT
PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan
Anwar menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan menghormati dan menjuarai nilai kemanusiaan dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.

Ringkasan AI
  • Nilai Kemanusiaan: Anwar menegaskan kepentingan menghormati dan menjuarai nilai kemanusiaan dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.
  • Perubahan Sikap: Beliau menekankan bahawa perubahan sikap, terutama dalam kalangan belia dan anak muda, adalah penting untuk mengelakkan terpedaya dengan mainan politik murahan.
  • Kebersamaan: Anwar menyeru rakyat Malaysia di luar negara untuk berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara, memastikan Malaysia tidak ketinggalan di persada dunia.

"Namun, perkara itu sukar berlaku jika rakyat, khususnya golongan belia dan anak muda, masih melayan budaya terlalu selesa, tidak mahu berubah malah terpedaya dengan mainan politik murahan sesetengah pihak," katanya dalam majlis santai bersama diaspora Malaysia di Brussels, Belgium seperti dikongsikan dalam catatan terbaharunya di Facebook.
Anwar, yang kini dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Belgium, turut menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.
"Justeru, nasihat saya adalah untuk terus membangun dan berjaya, perlunya kebersamaan daripada semua pihak termasuk anak jati Malaysia yang berada di luar negara agar negara tidak ketinggalan di persada dunia," tambahnya.
Majlis itu dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#rakyat Malaysia
#diaspora
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan