MALAYSIA
PM telefon Paetongtarn Shinawatra, bincang pertikaian sempadan Thailand-Kemboja

Anwar ketika beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, petang tadi. -Bernama
KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghubungi ketua pemimpin Thailand susulan pertikaian sempadan negara terbabit dengan Kemboja.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menghubungi Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, bagi membincangkan pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja.
- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 akan bertindak sebagai orang tengah untuk meredakan ketegangan susulan insiden pertempuran yang menyebabkan seorang askar Kemboja terbunuh.
- Thailand dan Kemboja dijadualkan mengadakan mesyuarat Suruhanjaya Sempadan Bersama (JBC) pada 14 Jun untuk membincangkan isu pengukuran dan penandaan sempadan.
Malaysia selaku Kepengerusian ASEAN 2025 akan bertindak sebagai orang tengah untuk cuba meredakan ketegangan.
Pada 28 Mei lalu, pertempuran tercetus di kawasan pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja yang mengakibatkan seorang askar Kemboja terbunuh.
Kedua-dua pihak saling menuduh mencetuskan konflik yang berlaku di zon neutral yang dipersetujui bersama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Pengukuran dan Penandaan Sempadan.
Kerajaan Thailand turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Sempadan Bersama (JBC) yang ditubuhkan bagi membincangkan pengukuran dan penandaan sempadan akan mengadakan mesyuarat pada 14 Jun seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami