KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima kunjungan hormat Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao di Perdana Putra, Putrajaya.
Perdana Menteri berkata semasa kunjungan hormat itu, mereka membincangkan kunjungan rasmi Premier Li Qiang sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan Malaysia-China pada tahun ini.
Beliau berkata mereka juga mencapai kata sepakat untuk memperkukuh kerjasama ekonomi terutama pelaburan dari China, mempertingkat kesalinghubungan selain terus menjalin usaha sama dalam lapangan pendidikan dan sektor belia.
“Liu dan saya juga bersependapat untuk mengeratkan hubungan intra-parti dan berkongsi pendirian yang jitu dan kukuh terutamanya dalam konflik kemanusiaan melibatkan Palestin.
“Hubungan Malaysia dan China pasti akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara sahabat,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Hubungan persahabatan Malaysia-China terjalin sejak termeterainya Kenyataan Bersama antara bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Zhou Enlai pada 31 Mei 1974.
Terdahulu, Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan memaklumkan lawatan kerja dua hari Liu ke Malaysia, yang bermula Khamis, menyasarkan untuk menjalin kerjasama lebih erat antara parti politik di kedua-dua negara serta membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Liu turut melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Wisma Putra, lawatan itu menambah makna kepada sambutan Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik Malaysia-China sejak hubungan kedua-dua negara dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.
China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia untuk 15 tahun berturut-turut dengan nilai dagangan RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion) pada 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Anwar berkata mereka membincangkan kunjungan rasmi Premier Li Qiang sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan Malaysia-China pada tahun ini. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.