awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM tiba di Menara Dato Onn, bincang persiapan PRN?

Hilmi Malik
Hilmi Malik
07/05/2023
12:43 MYT
PM tiba di Menara Dato Onn, bincang persiapan PRN?
Beliau yang tiba pada jam 8 malam disusuli dengan ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Menara Dato Onn bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia.
Beliau yang tiba pada jam 8 malam disusuli dengan ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Antara pimpinan lain yang kelihatan hadir merupakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Pertemuan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun atau Julai.
Dalam pada itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan, Kerajaan Perpaduan sudah mempunyai formula berhubung agihan kerusi yang akan dibincangkan secara dalaman.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pula mengulangi pendirian berhubung kedudukan Kerajaan Perpaduan yang dikatakan semakin kukuh.
Ujarnya, DAP akan terus menzahirkan sokongan terhadap pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengemudi kerajaan.
Ini termasuk sokongan tidak berbelah bagi melibatkan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) selain DAP.
Baru-baru ini wujud pelbagai desas-desus berhubung kedudukan kerajaan yang dikatakan bakal tumbang.
Ini termasuk dakwaan beberapa Ahli Parlimen yang dikatakan membuat gerakan secara dalaman untuk melaksanakan hasrat tersebut.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Menara Dato Onn
#Kerajaan Perpaduan
#mesyuarat majlis perundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan