awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik

Bernama
Bernama
16/05/2023
03:50 MYT
PM ucap Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik
Anwar turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberikan oleh guru-guru yang pernah mendidik beliau. -Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru dan warga pendidik di negara ini.
Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, Anwar turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberikan oleh guru-guru yang pernah mendidik beliau.
"(Tanggal) 16 Mei adalah tarikh besar tatkala kita mengenang dan mengimbau jasa dan pengorbanan guru membangun bangsa dan masyarakat.
"Semoga ilmu yang dicurahkan memanusiakan kita dan kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, komitmen dan keringat kalian amat saya sanjungi.
"Terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberi," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini dengan turut memuat naik poster ucapan Hari Guru.
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bertemakan 'Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI' diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#selamat hari guru
#Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI
#warga pendidik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan