awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2022

Bernama
Bernama
19/02/2023
15:00 MYT
PM ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2022
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri turut mendoakan semoga usaha dan kegigihan calon SPM 2022 akan memberikan kejayaan yang bermakna.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mulai esok.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri turut mendoakan semoga usaha dan kegigihan calon SPM 2022 akan memberikan kejayaan yang bermakna.
"Selamat menduduki peperiksaan SPM. Selamat maju jaya," katanya menerusi satu poster dalam hantaran itu.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan SPM 2022 dilaksana dari 30 Jan hingga 15 Mac depan membabitkan ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis.
Kenyataan itu menyebut seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan di antara 20 Feb hingga 15 Mac.
Menurut KPM, seramai 131,318 petugas dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu manakala sebanyak 3,355 pusat disediakan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPM 2022
#Anwar Ibrahim
#KPM
#tarikh spm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan