awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap tahniah kepada Sam Lim, bangga bahasa Melayu bergema di Parlimen Australia

Bernama
Bernama
07/09/2022
11:02 MYT
PM ucap tahniah kepada Sam Lim, bangga bahasa Melayu bergema di Parlimen Australia
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merakamkan ucapan tahniah dan selamat berkhidmat kepada anak jati Muar, Johor, Sam Lim yang dilantik sebagai Ahli Parlimen Tagney di Dewan Perwakilan Australia. - Foto Twitter Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merakamkan ucapan tahniah dan selamat berkhidmat kepada anak jati Muar, Johor, Sam Lim yang dilantik sebagai Ahli Parlimen Tangney di Dewan Perwakilan Australia.
Perdana Menteri menerusi ciapan di Twitter turut meluahkan rasa bangga apabila Lim turut bertutur dalam Bahasa Melayu dalam ucapan sulungnya pada sidang Dewan Perwakilan Australia hari ini.
"Bahasa Melayu bergema di bumi Australia! Saya bangga melihat Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh @SamLimMP ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.
"Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat!," katanya.
Bahasa Melayu bergema di bumi Australia! Saya bangga melihat Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh @SamLimMP ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia. Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat! https://t.co/9HenOuWlA4
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) September 7, 2022
Lim, 61, dari Australian Labor Party (ALP) dilantik sebagai ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Tangney di Perth pada pilihan raya umum Australia, baru-baru ini.
Dalam ucapannya, Lim menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan.
Lim yang lahir pada 1961, pernah berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia selama dua tahun pada 1983, sebelum bertugas sebagai pelatih ikan lumba-lumba serta mengusahakan beberapa perniagaan di Malaysia dan Australia.
Beliau bersama isteri dan tiga anaknya kemudian berhijrah ke Australia dan menyertai Western Australia Police Academy pada 2006 seterusnya bertugas di Perth, malah pada 2020 beliau dianugerahkan 'Police Officer of the Year' atas khidmatnya dalam masyarakat pelbagai budaya ketika penularan pandemik COVID-19. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sam Lim
#Ahli Parlimen Australia
#Perdana Menteri
#Bahasa Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan