awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap takziah kepada keluarga presiden dan rakyat Namibia

Bernama
Bernama
04/02/2024
15:55 MYT
PM ucap takziah kepada keluarga presiden dan rakyat Namibia
Anwar menyifatkan pemergian Geingob sebagai satu kehilangan besar buat Namibia dan berkata mendiang akan sentiasa diingati kerana kepimpinannya yang cemerlang. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Presiden Namibia Dr Hage Gottfried Geingob yang meninggal dunia hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berdukacita dengan pemergian Geingob.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa simpati kepada Wanita Pertama Madame Monica Geingos serta keluarga mendiang yang sedang berduka, begitu juga dengan kerajaan dan rakyat Namibia," kata Anwar dalam hantaran di laman media sosial beliau hari ini.
Beliau turut menyifatkan pemergian Geingob sebagai satu kehilangan besar buat Namibia dan berkata mendiang akan sentiasa diingati kerana kepimpinannya yang cemerlang.
"Dedikasi dan komitmen beliau telah menyaksikan kemajuan serta pembangunan di Namibia," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Presiden Namibia
#media sosial
#kehilangan besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan