awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum peruntukan RM500,000 bagi Majlis Belia Malaysia

Fareez Azman
Fareez Azman
07/03/2022
14:46 MYT
PM umum peruntukan RM500,000 bagi Majlis Belia Malaysia
Ismail Sabri berkata, beliau memahami keperluan peruntukan bagi mengerakkan pertubuhan belia di negara ini. - Gambar fail/ Bernama
SUBANG JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi mengerakkan aktiviti pembangunan belia di negara ini.
Jelasnya, kerajaan memberi perhatian terhadap peruntukan persatuan belia agar golongan itu dapat terus dipacu dalam membangunkan negara.
"Jadi bagi membantu dan menyokong jawatankuasa MBM baru dipilih mengerakkan aktiviti meneruskan agenda pembangunan belia di negara ini, saya dengan ini mengumumkan sejumlah RM500,000 untuk MBM.
"Saya harap dengan dana ini, ia dapat menggerakan pertubuhan belia," jelasnya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-71 MBM di sini, Isnin malam.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
MPAT MBM berlangsung selama dua hari bermula 5 Mac dengan penyertaan seramai 385 perwakilan dari seluruh negara.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau memahami keperluan peruntukan bagi mengerakkan pertubuhan belia di negara ini.
Malah katanya, beliau sendiri pernah menganggotai persatuan belia dan menjadi Menteri Belia dan Sukan, 13 tahun lalu.
"Saya yakin, MBM yang mewakili suara anak-anak muda, sememangnya dekat dan peka kepada kehendak belia untuk bergerak bersama kerajaan ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan Keluarga Malaysia," jelasnya lagi.
Ujarnya, beliau yakin MBM dan badan gabungannya mampu membantu kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif intervensi sosial menerusi program dan aktiviti pembangunan untuk kesejahteraan belia dan Keluarga Malaysia.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#MBM
#persatuan belia di Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan