awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum tambahan bayaran khas KGT, tambah baik Kadar Tetap gaji maksimum

Fareez Azman
Fareez Azman
30/08/2022
03:31 MYT
PM umum tambahan bayaran khas KGT, tambah baik Kadar Tetap gaji maksimum
ISMAIL SABRI: Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion. -Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menambah bayaran kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 hingga 56 bermula Januari 2023.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kenaikan tambahan khas itu akan memanfaatkan 1.28 juta penjawat awam.
“Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.
“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada tahun 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada tahun 2023 adalah sebanyak RM180,” jelasnya ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.
Turut diumumkan, penambahbaikan pada pergerakan gaji tahunan bagi pegawai kerajaan yang mencapai gaji maksimum.
Jelas Ismail, suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred itu berkuat kuasa 1 Januari 2022.
“Kerajaan telah bersetuju menambah baik Kadar Tetap 3 peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022.
“Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan Pekeliling berkaitan bagi penjelasan terperinci bagi perkara ini,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#bayaran kenaikan gaji tahunan
#KGT
#penjawat awam
#Gred 11 hingga 56
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan