ISKANDAR PUTERI: Usahawan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Johor terutama mereka yang terjejas banjir di daerah Batu Pahat dan Segamat digalakkan memohon pembiayaan yang ditawarkan menerusi program BRJohorNiaga.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata program BRJohorNiaga menawarkan kemudahan pembiayaan bagi mengekalkan kelangsungan perniagaan PMKS menerusi kerjasama strategik kerajaan negeri dan Bank Rakyat.
Beliau berkata menerusi usaha sama itu, kerajaan negeri memperuntukkan subsidi kadar keuntungan sebanyak 9.5 peratus bagi kategori mikro dan 3.58 peratus bagi kategori PKS, menjadikan nilai keseluruhan subsidi sebanyak RM26 juta.
"Untuk makluman, pada 28 Februari sehingga hari ini, lebih 85,000 orang di Johor menjadi mangsa banjir dan ramai yang terkesan, tetapi syukur berkat bantuan kerajaan Persekutuan, hampir RM210 juta telah disalurkan.
"Saya yakin kawasan Batu Pahat, Segamat, ramai peniaga yang terkesan dan saya harap dengan bantuan BRJohorNiaga antara kerjasama negeri dan Bank Rakyat, dapat bantu peniaga susah. Mungkin di peringkat Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) dan Bank Rakyat, boleh berikan keutamaan kepada daerah terkesan akibat banjir baru-baru ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pembiayaan BRJohorNiaga, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Dr Mohammad Hanis Osman.
Sementara itu, Mohammad Hanis berkata pembiayaan bagi modal kerja dan pembelian jentera atau peralatan itu ditawarkan khusus bagi usahawan Johor yang berdaftar melalui sistem Pusat Data Usahawan Johor (PADU) dan PUJB.
Beliau berkata peruntukan pembiayaan sehingga RM100 juta itu menawarkan kadar keuntungan kompetitif menerusi produk Pembiayaan Berjangka-i Bank Rakyat.
Usahawan mikro katanya ditawarkan pembiayaan sebanyak RM5,000 sehingga RM50,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun termasuk tempoh penangguhan pembayaran pembiayaan sehingga sembilan bulan.
Bagi usahawan kecil dan sederhana pula adalah sebanyak RM50,001 sehingga RM500,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga tujuh tahun termasuk tempoh penangguhan pembayaran pembiayaan sehingga sembilan bulan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

BRJohorNiaga menawarkan kemudahan pembiayaan bagi mengekalkan kelangsungan perniagaan PMKS menerusi kerjasama strategik kerajaan negeri dan Bank Rakyat. - Foto BERNAMA/fail

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Malaysia hargai kepercayaan Arab Saudi teruskan program "Mecca Route" - Zambry
Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017.

Agong, Putera Albert II berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan F1
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad.

Cinta tidak berbalas, seorang lelaki disyaki bunuh wanita warga emas
Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun disyaki menyebabkan kematian seorang wanita warga emas, di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang pada 9 Mei lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Mei 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anwar menghadap Sultan Mizan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi beberapa keping gambar semasa sesi menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini.

Ukraine nafi terlibat dalam serangan dron ke atas Moscow
Ukraine menafikan terlibat dalam serangan dron di Moscow, ibu negara Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Insurans Rahmah: KPDN bina pangkalan data mangsa banjir lebih sistematik
Ia akan meyakinkan syarikat insurans terkemuka negara untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Subsidi minyak masak: Peniaga kecil disaran daftar perniagaan - Fuziah
Langkah itu bagi memastikan golongan yang sememangnya layak menikmati subsidi menerima manfaat tersebut.

PLSB Sungai Golok: Kelantan beri subsidi rumah sewa RM300 kepada mangsa banjir
Kerajaan Kelantan menyediakan Subsidi Rumah Sewa sebanyak RM300 selama enam bulan kepada mangsa banjir termenung di kawasan yang terkesan akibat PLSB Sungai Golok.

Mangsa banjir Kanowit di Ngungun kembali ke rumah panjang
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, susulan penutupan PPS tersebut, tiada PPS yang aktif pada masa ini.

Mangsa banjir di Perak tinggal 8 orang di PPS
Cuaca baik sejak awal pagi menyaksikan situasi banjir di Daerah Larut Matang Selama (LMS) semakin pulih, dengan tiga daripada empat pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

Banjir kilat: Dua kampung di Kamunting dinaiki air, sebuah PPS dibuka
PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Relong bagi menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 pada 9.12 malam.

Dua PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat 141 orang
Dua PPS itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Min dan Sekolah Agama (SA) Seri Comel.

Satu PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat berkurang
Kawasan Dewan Undangan Negeri di daerah itu yang masih terjejas banjir adalah Sri Medan, Yong Peng, Parit Yaani dan Senggarang.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang
Situasi banjir di daerah ini semakin menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 444 orang pada 4 petang ini berbanding 967 orang yang direkodkan pagi tadi.