awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PMKS Malaysia harus diperkasakan dengan AI, teknologi digital - Gobind

Bernama
Bernama
26/10/2024
21:00 MYT
PMKS Malaysia harus diperkasakan dengan AI, teknologi digital - Gobind
Gobind ketika menyampaikan ucap tama pada Forum Ekonomi Belia 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, 26 Okt 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu diperkasakan agar dapat memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, menurut Kementerian Digital.
Langkah ini boleh mendorong mereka untuk beralih ke arah model perniagaan baharu yang dapat mengoptimumkan operasi dan meningkatkan potensi ekonomi, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.
Beliau berkata kerajaan telah memulakan beberapa program untuk menyokong penggunaan teknologi digital, memandangkan sektor PMKS mewakili hampir 97 peratus perniagaan di Malaysia.
"Pertama, kami boleh memberi insentif kepada syarikat untuk mendigitalkan, menggalakkan mereka agar mempertimbangkan untuk mengautomasikan operasi mereka bagi meningkatkan produktiviti.
"Penglibatan dan kesedaran juga penting. Orang ramai perlu memahami bahawa kaedah tradisional mungkin tidak menghasilkan faedah yang sama seperti pendekatan moden. Syarikat yang menerima pakai teknologi baharu akan mendapati mereka berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak," katanya sebagai respons kepada peserta di Forum Ekonomi Belia 2024 di sini semalam.
Gobind berkata, kementeriannya mengekalkan hubungan rapat dengan badan industri dan persatuan PMKS.
"Penting bagi PMKS untuk menyedari bahawa penyesuaian bukanlah pilihan jika mereka mahu mengelak daripada ketinggalan.
"Apabila ada kesedaran, kami boleh memberi tumpuan untuk menyediakan sokongan untuk membantu mereka membina semula dan mentakrifkan semula perniagaan mereka selaras dengan kemajuan teknologi," katanya.
Bagaimanapun, Gobind turut menekankan kepentingan membangunkan tenaga kerja dalam bidang berkenaan.
"Membangunkan bakal tenaga kerja dalam teknologi, terutamanya dalam AI, adalah penting. Kerajaan pada masa ini memberi tumpuan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk menyediakan belia kita menghadapi permintaan pasaran baharu.
"Dalam sektor digital, kami mempunyai inisiatif yang sama, iaitu TVET versi digital. Matlamat kami adalah untuk syarikat melatih pekerja semasa mereka bekerja, membolehkan mereka memperoleh ijazah dan maju dalam kerjaya mereka," kata Gobind.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Gobind Singh Deo
#PMKS
#teknologi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan