KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) diperkenal ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan objektif mempercepat pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik COVID-19.
Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan Datin Rosni Mohd Yusoff, 52, berkata ia adalah arahan daripada Pejabat Perdana Menteri kepada Menteri Kewangan.
"Untuk program Jana Wibawa memang ditentukan oleh Pejabat Perdana Menteri untuk dilaksanakan secara rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
"Disenaraikan projek-projek untuk dinilai oleh Bahagian Perolehan. Senarai projek termasuk syarikat terlibat dan juga kaedah pelaksanaan," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi pada hari pertama perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Wan Saiful Wan Jan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Rosni, yang kini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Strategi Badan Berkanun, berkata bagi tender terbuka terdapat lima hingga enam nama (syarikat) dihantar kepada Jawatankuasa Penilaian Kontraktor yang dipengerusikannya bersama pasukan teknikal beberapa kementerian yang terlibat.
"Pegawai-Pegawai ini diberi projek Jana Wibawa untuk membuat penilaian ke atas syarikat-syarikat daripada Pejabat Kementerian Kewangan.
"Setelah pegawai saya memproses dan menilai projek tersebut, ia akan dibawa ke satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya bersama pasukan teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta ahli daripada Bahagian Dasar Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan.
"Setelah mendapat nama syarikat tersebut, kami akan mengangkat ia kepada Menteri Kewangan. Keputusan itu akan diberi kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya untuk dibuat penilaian lanjut," kata saksi pendakwaan ketiga itu.
Beliau juga berkata syarikat yang disenarai akan dinilai daripada segi kepatuhan syarat, keupayaan kewangan syarikat kontraktor dan keupayaan teknikal syarikat.
Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta.
Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022.
Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Wan Saiful hadir di Mahkamah Sesyen pada hari pertama perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM6.9 juta berkaitan projek Jana Wibawa. - Gambar Bernama
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
KUSKOP seru setiap agensi perkasa operasi perbankan digital, khususnya AI
Semua agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diseru memperkasa operasi perbankan digital masing-masing khususnya melibatkan bidang kecerdasan buatan (AI).
Cecah 43 celcius, elak dehidrasi, strok haba
Beberapa jemaah Malaysia bakal haji akui cuaca begitu panas di Mekah sekarang, tetapi mereka mengambil langkah waspada untuk tidak terdedah dengan cuaca di luar bagi mengelak dehidrasi dan strok haba sebagaimana disarankan Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Setiap hari terpaksa 'berperang' dengan ribuan lalat
Penduduk Flat Taman Sintar Indah, Nibong Tebal tidak mampu lagi bertahan dengan 'kehadiran' ribuan lalat setiap hari yang telah menganggu kehidupan seharian mereka.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Pejabat PM rakam penghargaan kepada bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik
Pejabat Perdana Menteri (PMO) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya.
PMO diminta beri penjelasan pencapaian lawatan Anwar di Arab Saudi
Apa yang menjadi kepentingan adalah penjelasan mengenai pencapaian yang terhasil daripada lawatan bersejarah tersebut.
Pejabat Perdana Menteri pandang serius tindakan pihak salah guna nama, kedudukan PMO
Pejabat Perdana Menteri (PMO) memandang serius tindakan mana-mana pihak secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan PMO bagi tujuan tertentu.
Jiran sanggup tunggu rai hari pertama PM10 ke pejabat
Kesemua mereka dilihat mula berkumpul seawal jam 7 pagi bagi menantikan pergerakan keluar Anwar Ibrahim.
Asma dilantik Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara - PMO
Presiden Akademi Sains Malaysia kelima Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail dilantik sebagai Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara.
Saya tidak pernah gelar diri sendiri sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' - Rosmah
Rosmah berkata demikian ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan pada hari ketiga pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah terhadapnya.
Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin ibarat ujian kepada UMNO
Pelantikan itu sepatutnya lebih awal berlaku dan bila ia tidak berlaku, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada UMNO.
Pejabat Perdana Menteri nafi Muhyiddin dijangka menghadap Agong petang ini
Pejabat Perdana Menteri menafikan kenyataan disiarkan beberapa portal berita yang mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.
Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.