awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin ibarat ujian kepada UMNO

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2021
12:30 MYT
Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin ibarat ujian kepada UMNO
Achman Dzarien berpendapat pelantikan itu sepatutnya lebih awal berlaku dan bila ia tidak berlaku, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada UMNO. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan diibaratkan sebagai ‘ujian litmus’ kepada UMNO.
Felo Penyelidikan Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM) Achman Dzarien Mohd Nazri berkata, pelantikan berkenaan adalah ujian untuk melihat sejauh mana UMNO mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu.
Menurutnya, beliau berpendapat pelantikan itu sepatutnya lebih awal berlaku dan bila ia tidak berlaku, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada UMNO.
“Saya bersetuju kalau dikatakan pelantikan ini mampu menjadi jembatan memulihkan ketegangan yang berlaku setelah keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah dizahirkan Presiden, menarik sokongan kepada Perdana Menteri.
“Walaupun kita tahu keputusan itu tidak membawa apa-apa implikasi tapi setelah keputusan itu dibuat dan pelantikan dua individu ini selepas itu, ia boleh meredakan ketegangan yang berlaku.
“Ia juga mampu menjadi jambatan penghubung antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO yang berada dalam kerajaan hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, pelantikan itu juga merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
BACA: Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO
Katanya lagi, pelantikan itu juga merupakan satu langkah tepat dalam mengembalikan keyakinan ahli UMNO untuk mengukuhkan parti mereka dalam usaha mentadbir negara kelak.
“Bila tiada posisi Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan PN, maka rakyat melihat peranan UMNO sudah diketepikan dalam pentadbiran kerajaan PN.
“Tapi apabila kerusi-kerusi menteri yang dipegang oleh UMNO memberikan prestasi baik maka rakyat boleh melihat dan menilai bahawa prestasi menteri-menteri umno bila diberi jawatan kepada mereka dan ia adalah satu pencapaian yang baik,” ujarnya.
Astro AWANI pada 7 Julai lepas melaporkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.
Jawatan TPM | Sudah lama patut diberi kepada UMNO - Ahmad Maslan
Sementara itu, Hishammuddin yang memegang portfolio Menteri Luar kini berstatus Menteri Kanan dan turut mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.
Topic Berkaitan
#UMNO
#politik
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#Hishammuddin Hussein
#ismail sabri yaakob
#PPBM
#Bersatu
#Menteri Kanan
#Menteri Luar
#Menteri Pertahanan
#menteri
#Ahmad Maslan
#Perdana Menteri
#PM
#PMO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan