awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
Pengambilan terus pekerja asing langkah pembaharuan struktur pasaran buruh negara - DPMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PMU TNB Runtuh: JKKP arah henti kerja serta-merta

Zef Othman
Zef Othman
10/01/2018
08:16 MYT
PMU TNB Runtuh: JKKP arah henti kerja serta-merta
JKKP mengeluarkan notis pemberhentian kerja serta-merta ke atas aktiviti pembinaan untuk Pencawang Masuk Utama TNB MRT Cochrane di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.. - Gambar Fail
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur telah mengeluarkan notis pemberhentian kerja serta-merta ke atas aktiviti pembinaan untuk Pencawang Masuk Utama TNB MRT Cochrane di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
JKKP yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati terdapat kegagalan dalam sistem kerja aktiviti konkrit dan JKKP akan menjalankan siasatan lanjut serta terperinci.
“JKKP memandang serius setiap insiden dan kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam.
“Adalah menjadi tanggungjawab majikan dan juga pekerja untuk memastikan keselamatan serta kesihatan di tempat kerja,” katanya di sini, hari ini.
Tegas JKKP, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) dan Akta Kilang dan Jentera (1967).
Pihak yang bertanggungjawab, katanya akan dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
BACA: Pencawang Masuk Utama TNB berhampiran MRT Cochrane runtuh, seorang maut
Dalam kejadian 5 petang semalam seorang pekerja warga Bangladesh maut kerana terjatuh dan dihempap oleh konkrit dan perancah.
Ketika itu empat pekerja sedang meratakan konkrit di tingkat tiga bangunan sebelum perancah tapak lantai konkrit di aras tiga runtuh.
Bagaimanapun, tiga pekerja lain berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian runtuhan struktur bangunan dalam pembinaan terbabit.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Cochrane
#JKKP
#Kementerian Sumber Manusia
#maut
#MRT
#PMU TNB
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan