KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya parti itu adalah masa depan untuk Malaysia.
Menurutnya, dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Bahkan, katanya, sebahagian besar daripada wakil rakyat PN juga berpengalaman dalam mentadbir negara.
“Saya percaya apabila PN diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan, tumpuan utama kita ialah bagaimana untuk meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Data-data menunjukkan bahawa daya saing negara kita semakin lemah. Ini pastinya akan menjejaskan potensi kemasukan pelaburan asing dan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara.
“Masa depan negara kita bergantung kepada sejauh mana Malaysia boleh meningkatkan daya saing, menjana pertumbuhan ekonomi yang rancak dan mencipta kekayaan untuk dikongsi secara bersama dengan adil dan saksama oleh seluruh rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, dasar mengenai Bumiputera tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik tanpa pertumbuhan ekonomi yang pesat.
“Dasar untuk membantu rakyat yang memerlukan, terutamanya golongan B40, ibu tunggal dan miskin tegar juga tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan jika hasil negara tidak meningkat.
“Tidak ada apa yang boleh diagih kepada rakyat jika kek ekonomi tidak membesar.
“Sebaliknya, banyak bantuan untuk rakyat terpaksa dipotong atau dihapuskan kerana kerajaan tidak mempunyai hasil yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan negara,” ujarnya.
Tegasnya, itulah keadaan yang berlaku di Malaysia pada hari ini akibat kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik.
“Sehingga kini pun mereka gagal membentangkan suatu perancangan yang komprehensif untuk meningkatkan daya saing negara dan merancakkan pertumbuhan ekonomi.
“Yang mereka buat ialah naikkan cukai dan potong subsidi yang semakin menyusahkan rakyat. Ini tentu sekali tidak baik untuk masa depan negara,” katanya.
Ridauddin Daud
Sat Mar 09 2024
Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, dasar mengenai Bumiputera tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik tanpa pertumbuhan ekonomi yang pesat. - Foto fail/BERNAMA
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Pendakwaan bantah permohonan gantung prosiding, dakwa Muhyiddin cuba lengah kes
Pihak pendakwaan membantah permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantung prosiding kes menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi di Mahkamah Sesyen.
Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim
Kekalahan di PRK KKB jadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport lawat kakak di Australia
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.