GADGETS
Podcast Astro AWANI menjadi salah satu pilihan sumber berita terkini

Pengguna menjadikan platform podcast sebagai salah satu rujukan sumber berita semasa di media sosial. Gambar fail.
SIARAN podcast Astro AWANI semakin mendapat perhatian terutama daripada golongan yang sentiasa mahu mengikuti perkembangan terkini lanjutan daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Ramai pengguna berkongsi keterujaan mereka di media sosial untuk menjadikan platform podcast sebagai salah satu rujukan sumber berita semasa.
Program utama siaran podcast Astro AWANI, AWANI Soundbyte merupakan platform yang mengumpulkan 'sound bite' atau rakaman temubual daripada pelbagai individu merentasi pelbagai latar belakang - politik, ekonomi, sukan atau hiburan.
Selain itu, beberapa program Astro AWANI yang lain turut disiarkan seperti Kompak dan Viva.
Pengguna juga boleh memilih untuk melanggan playlist khusus seperti Pendedahan Skandal 1MDB dan Personaliti Malaysia Memilih.
Podcast Astro AWANI boleh dilanggan menerusi platform iTunes, Spotify, Raku dan semua aplikasi podcast.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami