awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokemon GO dilarang di kawasan Mindef dan aset sensitif - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2016
10:52 MYT
Pokemon GO dilarang di kawasan Mindef dan aset sensitif - Hishammuddin
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan bersama Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah Datuk Wira Mohd Yusof Kassim yang dirakamkan ketika hadir merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Batu Gajah. - Foto Bernama
Aplikasi permainan Pokemon GO dilarang dimainkan di kawasan Kementerian Pertahanan (Mindef) di ibu negara bagi melindungi aset sensitif negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata larangan itu dikeluarkan kerana aplikasi itu dikhuatiri boleh mendedahkan aset sensitif negara kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau, elemen aplikasi tersebut yang merakam visual sekitar ketika permainan menangkap raksasa maya itu dikhuatiri boleh mengancam negara.
“Saya bimbang, aplikasi yang ada sekarang ini, bila mereka bermain permainan Pokemon ini, mereka buat rakaman dan dalam rakaman itu mungkin ada rakaman aset-aset yang sensitif.
“Saya bimbang aplikasi baru ni seperti Pokemon GO kalau tidak dapat tengok menerusi Google Earth mereka sengaja atau memperalatkan individu warga kita di Mindef,” kata Hishammuddin pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Batu Gajah di sini hari ini.
Katanya lagi, panglima ketiga-tiga cabang angkatan tentera negara juga telah dimaklumkan untuk melakukan tindakan yang sama di kem masing-masing seluruh negara.
Namun tambah beliau, keputusan larangan itu tertakluk kepada panglima-panglima berkenaan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Hishammuddin Hussein
#Kementerian Pertahanan
#Menteri Pertahanan
#Mindef
#Pokemon GO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan