awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tumbang di Pulau Pinang akibat hujan lebat, angin kencang

Bernama
Bernama
09/08/2018
00:59 MYT
Pokok tumbang di Pulau Pinang akibat hujan lebat, angin kencang
Keadaan hujan lebat dan angin kencang kira-kira 8.45 malam itu mengakibatkan pokok tumbang di Balik Pulau dan Teluk Bahang. - Foto JBPM
Hujan lebat berserta angin kencang melanda Pulau Pinang malam tadi sehingga menumbangkan pokok di beberapa kawasan.
Keadaan hujan lebat dan angin kencang kira-kira 8.45 malam itu mengakibatkan pokok tumbang di Balik Pulau dan Teluk Bahang, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata lokasi pokok tumbang di dua lokasi itu adalah berdekatan.
"Lokasi pertama dengan lokasi kedua lebih kurang 500 meter. Kerja pembersihan di lokasi pertama telah selesai. Lokasi kedua Jalan Titi Kerawang menuju ke Teluk Bahang.
"Kerja pembersihan di lokasi kedua tidak dapat dijalankan kerana terdapat kabel elektrik melintang di atas jalan dan pokok tumbang yang besar," katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi.
Keadaan kuarters kerajaan berhadapan Pangsapuri Serina Bay yang turut terjejas apabila bumbung terbang. Foto JBPM
Keadaan kuarters kerajaan berhadapan Pangsapuri Serina Bay yang turut terjejas apabila bumbung terbang. Foto JBPM
Bumbung sebuah premis kediaman yang diterbangkan angin kuat di Pulau Pinang malam tadi. Foto JBPM
Bumbung sebuah premis kediaman yang diterbangkan angin kuat di Pulau Pinang malam tadi. Foto JBPM
Kerja pembersihan susulan kejadian pokok tumbang sedang dijalankan di George Town malam tadi. Foto JBPM
Kerja pembersihan susulan kejadian pokok tumbang sedang dijalankan di George Town malam tadi. Foto JBPM
Perjalanan trafik terjejas apabila terdapat kabel elektrik melintang di atas jalan dan pokok tumbang yang besar. - Foto JBPM
Perjalanan trafik terjejas apabila terdapat kabel elektrik melintang di atas jalan dan pokok tumbang yang besar. - Foto JBPM
Bagaimanapun, beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan dan arahan penutupan jalan sehingga kerja-kerja selesai telah diatur.
Sementara itu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata tiga buah kereta di Jalan Terengganu, di sini dihempap pokok manakala Pangsapuri Mutiara Idaman 1 di Solok Tengku, di sini serta kuarters kerajaan berhadapan Pangsapuri Serina Bay turut terjejas apabila bumbung terbang dan pokok tumbang berikutan angin kencang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#A A Anbalagan
#angin kencang
#hujan
#kabel elektrik
#pembersihan
#pokok
#pulau pinang
#tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan