SHAH ALAM: Polis menahan tujuh individu tempatan termasuk tiga wanita berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun yang merupakan pekerja dan pemilik sebuah poliklinik dipercayai terbabit dalam aktiviti pemalsuan cara memperoleh dan mengeluarkan sijil vaksinasi secara tidak sah di Selangor.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dalam serbuan di poliklinik berkenaan, polis turut merampas peralatan komputer yang dipercayai boleh digunakan untuk mengisi data pesakit ke dalam aplikasi MySejahtera.
Beliau berkata walaupun poliklinik tersebut menerima vaksin COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun kandungan botol vaksin dibuang dan dipulangkan kepada KKM sebagai tanda sudah dicucuk dan sijil vaksinasi dikeluarkan.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Arjunaidi berkata modus operandi poliklinik itu adalah bagi individu yang tidak mahu menerima vaksin (antivaksin), mereka tidak akan disuntik tetapi hanya dikeluarkan sijil selepas dikenakan bayaran tertentu.
Katanya pada peringkat awal, pelanggan akan dikenakan bayaran sehingga RM3,000 tetapi kemudiannya berdasarkan laporan yang diterima harganya turun kepada RM500.
Beliau juga tidak menafikan terdapatnya persaingan harga dari kumpulan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama dan serbuan itu dilakukan susulan pesanan ringkas yang tular melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan khidmat pendaftaran vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.
"Hasil penelitian di dalam komputer riba yang dirampas mendapat terdapat 5,601 pesakit yang telah didaftarkan sebagai penerima vaksinasi ke dalam sistem MySejahtera dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah yang didaftarkan tanpa menerima suntikan," katanya.
Arjunaidi berkata modus operandi yang digunakan dalam kes itu ialah dengan cara mendapatkan pelanggan melalui sebaran WhatsApp dan juga kenalan terdekat.
Beliau berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

Arjunaidi (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas ketika sidang media berkaitan kejayaan Ops Dadu dan penipuan sijil vaksinasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Bernama

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.

Jiwa SME | Media sosial bantu Bateqila tembusi pasaran dunia
Pendemik COVID-19 menjadi titik permulaan kepada usahawan muda batik akrilik untuk lebih aktif menggunakan media sosial sebagai platform jualan produk. jika dahulu, kesemua pelanggannya lebih kepada walk in dan setempat. kini, Bateqila mendapat tempahan dari seluruh negara termasuk United Kingdom dan Kanada.

Pembantu kedai makan didenda RM2,500 lakukan khianat buang patung hiasan
Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangkannya ke dalam tong sampah.
![[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global [TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968239/14500335421653283452025_640x360.jpg)
[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global
Malaysia meletakkan tiga fokus utama dalam penglibatan pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 seiring mendapani cabaran era pasca pandemik meliputi keterangkuman, ekonomi digital dan kelestarian. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengetuai delegasi Malaysia ke Davos berpandangan, forum global itu juga penting untuk pemimpin tempatan bertukar idea dan mempelajari amalan terbaik untuk memulihkan ekonomi negara.

Maraton New York: Seorang maut, 15 lagi dimasukkan ke hospital
Pelari wanita berusia 32 tahun itu rebah sejurus tiba di garisan penamat dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan.

i-Qids, vitamin tinggi nutrisi bagi perkembangan sel-sel otak si manja
i-Qids diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid, multivitamin dan mineral yang mampu menyokong perkembangan minda si manja.

Harga Komoditi naik | Inflasi makanan Malaysia dijangka meningkat
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang berikutan kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit. MIDF Amanah Investment Bank Bhd menerusi cabang penyelidikannya, MIDF Research berkata sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.

Tiada sesen pun dana Yayasan Akalbudi datang dari kerajaan, pembayar cukai - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai yayasan tersebut.

Tiga rumah Orang Asli terbakar di pedalaman Gua Musang
Kejadian kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa direkodkan.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Luqman memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa.

Poliklinik diserbu, tujuh individu ditahan terbabit keluar sijil vaksin palsu
Polis turut merampas peralatan komputer yang dipercayai boleh digunakan untuk mengisi data pesakit ke dalam aplikasi MySejahtera.

COVID-19: 106 kes baharu, 377 sembuh di Singapura
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 106 kes jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,481 kes di republik itu.

26 peserta tabligh diarah jalani kuarantin di rumah
26 orang dari Sibu yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur sebelum ini, diarah menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Pembinaan poliklinik ATM, naik taraf RKAT dipercepat - Hishammuddin
Projek pembinaan poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta menaik taraf Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) akan dipercepatkan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.