KUALA LUMPUR: Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, seperti yang tular di platform media sosial Telegram sejak Khamis.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab kerana kesahihannya tidak dapat dipastikan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan tegas ke atas mereka yang dikenal pasti melakukan perbuatan itu.
"Jadi kita akan menghubungi MCMC bagi menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes Zayn Rayyan.
"Kita juga akan berhubung dengan mereka (MCMC) untuk mendapatkan bantuan dalam siasatan termasuk menurunkan kandungan berkenaan yang dikesan dimuat naik di satu akaun di Telegram.
"Saya ingin katakan sekali lagi segala perkara yang membabitkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi. Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang kita kesan kemudian kerana dia boleh mengganggu perjalanan perbicaraan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu Mohd Shuhaily berkata, sesungguhnya perbuatan sedemikian boleh menganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kemungkinan kematian kanak-kanak malang itu tidak mendapat keadilan.
Justeru beliau menegaskan, pihaknya akan menyiasat sehingga ke akar umbi untuk mengenal pasti pihak yang menyebarkan maklumat berkenaan.
Dalam pada itu Shuhaily menjelaskan, dengan pertuduhan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 pada Khamis maka siasatan polis selesai, melainkan pendakwaan ada bukti baharu ketika perbicaraan yang memerlukan siasatan dilakukan mengikut seksyen lain.
"Sekiranya ada pendedahan-pendedahan baharu yang membawa kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) boleh mengarahkan kami dan kami sendiri akan menyiasat semula (mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan)," ujarnya.
Mengulas mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan adik Zayn Rayyan di Institusi Kebajikan, beliau berpendapat, ia mungkin JKM berasakan ada keperluan untuk meletakkan kanak-kanak itu di bawah jagaan mereka susulan pertuduhan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 ke atas ibu bapa kanak-kanak itu.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Umavathi Ramayah
Fri Jun 14 2024
Mohd Shuhaily ketika sidang media khas Pengarah JSJ di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.
GISB: Tiada halangan ibu bapa semak keberadaan kanak-kanak yang diselamatkan
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd boleh bertanyakan keberadaan anak mereka menerusi semakan dengan pihak polis.
Kecurian elektrik: PDRM kaji beza kerugian tahunan TNB, kaitan perlombongan bitcoin
PDRM mengkaji punca perbezaan kerugian yang ditanggung Tenaga Nasional Bhd (TNB) akibat kecurian bekalan elektrik dan kaitannya dengan pasaran bitcoin.
Polis, pihak berkuasa agama sediakan syor tangani usaha hidupkan semula fahaman GISB
Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan bagi memastikan ajaran serta fahaman dibawa GISB tidak dihidupkan semula.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Polis tembak mati lelaki Afrika anggota kumpulan samun
Suspek berseorangan dan tidak mahu memberikan kerjasama, sebaliknya melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis.
Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri
Polis merakam individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Polis teliti semula kertas siasatan Teoh Beng Hock - Shuhaily
PDRM sedang mengkaji semula kertas siasatan berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.
PDRM lancar 'Behavioral Science Unit', ambil konsep FBI
PDRM melancarkan Unit Sains Tingkah Laku atau Behavioral Science Unit (BSU) berdasarkan konsep Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat (AS).