awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2023
10:22 MYT
Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'
Filem Mentega Terbang tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa seakan-akan mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
KUALA LUMPUR: Pengarah filem kontroversi, Mentega Terbang, Khairi Anwar Jailani dan salah seorang pelakonnya, Arjun Thanaraju hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siang tadi.
Khairi Anwar dilaporkan hadir bersama peguamnya, Zaid Malek dan direkod keterangan lebih dua jam, manakala Arjun hadir bersama peguamnya, Mahajoth Singh.
Zaid memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 298A kerana menyebabkan ketidakharmonian dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membawa kepada kebimbangan dan kesusahan awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 kerana penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.
“Kami memberikan kerjasama penuh dan menjawab semua soalan yang diajukan.
"Tugas kami sebagai pembikin filem adalah untuk mengetengahkan isu semasa, dan kebebasan bersuara kami tidak seharusnya dikawal," kata Khairi.
Sejak minggu lalu, filem Mentega Terbang tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa seakan-akan mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
BACA: Mentega Terbang: Pembuat filem diingatkan hormati undang-undang - Fahmi
BACA: Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan
Filem berdurasi sejam 45 minit terbitan syarikat Meng Kheng Entertainment yang ditayangkan pada 19 Januari menerusi aplikasi penstriman dalam talian menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kecaman netizen terhadapnya.
Topic Berkaitan
#mentega terbang
#Bukit Aman
#Khairi Anwar Jailani
#beri keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan