awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ambil keterangan wanita olah video manipulasi titah Sultan Perak

Bernama
Bernama
01/08/2023
13:05 MYT
Polis ambil keterangan wanita olah video manipulasi titah Sultan Perak
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata wanita berusia 46 tahun itu hadir di Balai Polis Cyberjaya pada 2.30 petang tadi.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan seorang wanita berhubung olahan satu klip video membabitkan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk digunakan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama berkata wanita berusia 46 tahun itu hadir di Balai Polis Cyberjaya pada 2.30 petang tadi.
Beliau berkata PDRM menerima 24 laporan berhubung kes itu.
Terdahulu, tular klip video berdurasi dua minit 50 saat yang memetik sebahagian kecil titah baginda pada 2013 mengenai Pas.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, dalam kenyataan semalam, memaklumkan video itu memetik sebahagian kecil titah Sultan Nazrin (yang ketika itu Pemangku Raja Perak) di Majlis Wacana Perpaduan Ummah bertemakan 'Perpaduan Ummah; Harapan, Realiti dan Cabaran' anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Feb 2013.
Justeru, Mohd Zahidi berkata Pejabat Sultan Perak telah membuat laporan polis pada Sabtu lepas berhubung tindakan wanita itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#video tular
#titah Sultan Perak
#manipulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan