awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis belum terima laporan perubatan mangsa buli UPNM

Bernama
Bernama
13/11/2024
04:10 MYT
Polis belum terima laporan perubatan mangsa buli UPNM
Rusdi berkata kertas siasatan kes berkenaan juga sedang dilengkapkan oleh pegawai penyiasat sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis belum menerima laporan perubatan melibatkan kes seorang kadet tahun satu Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah di rusuk dan belakang badan akibat dipijak pelajar senior akademi berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kertas siasatan kes berkenaan juga sedang dilengkapkan oleh pegawai penyiasat sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan laporan perubatan masih belum diperoleh, setakat hari ini seramai 13 individu telah dirakam keterangan termasuk suspek berusia 22 tahun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 10 Nov lepas Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun satu, mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga, dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 10.45 malam, 21 Okt dan polis menerima laporan berkaitan insiden itu pada 8.40 malam, 8 Nov.
Pada Isnin lepas suspek kes berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk memberikan keterangan dan dibenarkan pulang selepas selesai urusan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes buli
#UPNM
#laporan perubatan
#Ketua Polis KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan