Polis hari ini menahan seorang lelaki warga Indonesia yang diburu selepas disyaki membunuh adik ipar dalam satu pergaduhan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Pahu Sungai Lokan, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Beluran, Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi ketika bersembunyi di Perumahan Pertubuhan Peladang Negeri Sabah Sungai Lokan.
Lelaki itu ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, dalam kejadian semalam, kira-kita jam 4.30 petang, lelaki berkenaan menetak hingga menyebabkan kematian seorang lelaki juga warga Indonesia berusia 40 tahun di rumah pekerja ladang kelapa sawit Kampung Pahu Sungai Lokan.
Katanya, siasatan awal polis mendapati pergaduhan terjadi selepas mangsa yang dipercayai terlibat kegiatan penjualan syabu di kawasan itu telah mencabar dan mengajak abang iparnya itu untuk bergaduh.
Beliau berkata lelaki itu mulanya enggan dan cuba untuk mengelak dari bergaduh tetapi mangsa telah bertindak menikam lehernya menggunakan sebilah pisau.
Sivanathan berkata lelaki itu yang cedera di leher kemudiannya telah mengejar mangsa dengan membawa sebilah parang dan ketika berada di kawasan ladang kelapa sawit dia berjaya mengejar mangsa lalu menetaknya beberapa kali.
Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan teruk di kedua-dua pergelangan tangan, muka dan kepala, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Beluran akibat mengalami banyak pendarahan.
Beliau berkata parang yang digunakan dalam kejadian itu berjaya ditemui di rumah suspek itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 03 2018
Seorang lelaki warga Indonesia yang diburu selepas disyaki membunuh adik ipar dalam satu pergaduhan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Pahu Sungai Lokan, dekat sini, semalam. -Gambar fail
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Polis Beluran tahan pekerja ladang disyaki bunuh adik ipar
Polis hari ini menahan seorang lelaki warga Indonesia yang diburu selepas disyaki membunuh adik ipar dalam satu pergaduhan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Pahu Sungai Lokan, dekat sini, semal