SEREMBAN: Polis berjaya memberkas seorang banduan warga asing yang dipercayai melarikan diri daripada Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Nilai di kilometer 29 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdul Malik Hasim berkata banduan lelaki berumur 39 tahun itu ditahan pada pukul 10 malam sekitar 2 kilometer dari pusat berkenaan, kira-kira tiga jam selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Penjara mengenainya.
Beliau berkata selepas menerima laporan pada pukul 6.55 petang, anggota dari ibu pejabat polis daerah Nilai melancarkan Ops Tutup dengan membuat rondaan bermotosikal bagi mengesan banduan itu.
Katanya siasatan mendapati banduan itu ditempatkan di pusat berkenaan sejak 19 Jun lepas bagi proses pengusiran pada 9 Sept ini.
"Banduan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan pada 2017 atas kesalahan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Sesyen Temerloh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini..
Abdul Malik berkata suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
Polis berkas banduan larikan diri dari Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin
Siasatan mendapati banduan itu ditempatkan di pusat berkenaan sejak 19 Jun lepas bagi proses pengusiran pada 9 Sept ini.
Serah lesen terbang segera atau ditangkap - JPJ Kedah
Setakat ini, dua individu dari Langkawi dan Baling telah menyerah diri dan menyerahkan lesen tersebut secara sukarela.
Polis lancar Ops Tutup buru perompak kedai emas di Seri Kembangan
Berdasarkan siasatan awal, empat suspek memakai topi keledar penutup penuh itu meluru masuk ke premis dengan dua daripadanya bersenjatakan pistol.