awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berkas dua suspek kes pecah rumah, langgar anggota

Bernama
Bernama
28/03/2025
15:30 MYT
Polis berkas dua suspek kes pecah rumah, langgar anggota
Tindakan pantas pihak polis berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki melarikan diri sebaik dipercayai memecah masuk sebuah rumah di Jalan SS14, Subang Jaya, hari ini. - Foto hiasan/X @bernamadotcom
KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pihak polis berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki melarikan diri sebaik dipercayai memecah masuk sebuah rumah di Jalan SS14, Subang Jaya, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian 3.50 petang itu, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kenderaan suspek yang bertindak melanggar motosikal serta seorang anggota polis di tempat kejadian.
"Kedua-dua lelaki tempatan berusia 30 dan 40-an itu terus melarikan diri sehingga ke jejambat di Jalan SS14 sebelum berjaya ditangkap pihak polis.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memecah masuk rumah dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi cubaan membunuh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sebelum itu, anggota ronda cegah jenayah yang berada berhampiran bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat dan semasa tiba di lokasi, kedua-dua suspek dilihat sedang keluar dari kediaman mangsa menuju ke kenderaan yang berada di hadapan rumah berkenaan.
Wan Azlan menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kejadian itu kepada Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya melalui talian telefon 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Khairulazizi Ismail di talian 019-2817820.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Daerah Subang Jaya
#berkas suspek
#pecah rumah
#Jalan SS14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan