awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berkas empat lelaki disyaki terlibat kegiatan samun di Seri Iskandar

Bernama
Bernama
22/12/2024
10:00 MYT
Polis berkas empat lelaki disyaki terlibat kegiatan samun di Seri Iskandar
Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan sekitar Seri Iskandar. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
IPOH: Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan sekitar Seri Iskandar.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata keempat-empat suspek yang berusia antara 27 tahun hingga 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah, pada kira-kira 11.40 malam tadi.
Beliau berkata laporan polis telah dibuat oleh pengadu pada 10.06 pagi, semalam di Balai Polis Seri Iskandar.
"Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut," katanya menambah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Justeru, beliau berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah berkenaan diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Perak Tengah Insp Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis berkas
#Seri Iskandar
#kegiatan samun
#Polis Daerah Perak Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan