awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berkas lelaki dipercayai pecah tabung masjid

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/06/2019
07:39 MYT
Polis berkas lelaki dipercayai pecah tabung masjid
Rakaman CCTV menunjukkan aksi seorang lelaki yang mengumpil tabung derma Masjid Gufran, Manjoi, telah tular di media sosial sejak Sabtu.
Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah tabung Masjid Gufran, Manjoi yang tular di media sosial sejak Sabtu.
Lelaki berumur 28 tahun itu diberkas di hadapan Restoran Naina, Jalan Labrooy pada 1.30 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, lelaki yang beralamat di Perkampungan Tersusun Kampung Manjoi itu turut mempunyai satu rekod lampau berhubung kes dadah.
“Suspek dibawa balik ke pejabat D4 IPD Ipoh untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Mohd Ali berkata, terdahulu, pihaknya menerima aduan daripada Timbalan Pengerusi Masjid Gufran, Fakhrul Razzi Mohd Hashim, 56, mengenai kes kecurian tersebut.
Menurutnya, berpandukan kamera litar tertutup masjid, seorang lelaki telah mengumpil tabung masjid dan melarikan duit tunai kira-kira RM500.
“Suspek tidak dikenali oleh pengadu tetapi pernah melihatnya datang ke masjid tersebut semasa bulan puasa yang lalu dan selepas raya tidak dilihat lagi,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#manjoi
#masjid gufran
#PDRM
#pecah tabung masjid
#polis
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan