Polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes penipuan penjualan telefon bimbit di Kompleks Kota Raya di sini susulan laporan mangsa yang terlibat.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata seorang penjual telefon bimbit juga telah ditahan dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan manakala seorang lagi masih dikesan.
Mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sebuah portal berita yang mempersoalkan mengapa peniaga yang menipu tidak ditahan seolah-olah terdapat komplot yang berlaku, Tajudin berkata polis akan meneruskan dan menyiapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada pihak pendakwaan.
"Serbuan pernah dilakukan di kompleks berkenaan pada 27 Mac lalu dengan rampasan sebanyak 500 unit telefon bimbit disyaki palsu.
"Saya menegaskan dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu dan menjejaskan siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Pada 20 Dis lepas, sekumpulan individu dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah itu dan klip video pergaduhan itu yang berdurasi dua minit 30 saat telah dimuat naik dalam YouTube.
Bernama
Tue Dec 29 2015
TAJUDIN: Saya menegaskan dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu dan menjejaskan siasatan. - Gambar fail
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
AWANI Pagi: Hari Belia - Pemimpin belia wanita dalam pembuatan keputusan
Pemimpin belia wanita bukan sahaja membawa suara wanita, tetapi juga menyuarakan keperluan pelbagai kumpulan belia.
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Kemboja rai ulang tahun keputeraan ke-71 raja dengan persembahan bunga api
Persembahan bunga api yang memukau itu berlangsung kira-kira 20 minit dan letupan warna-warninya menarik perhatian orang ramai.
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah treler
Lelaki itu dibawa ke hospital selepas ditembak di dada semasa proses tangkapan dilakukan.
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
Kerajaan cadang Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Beliau berkata, inilah masanya untuk kerajaan mempertimbang akta yang lebih komprehensif, telus dan bertanggungjawab.
Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin
Suspek direman selama enam hari bermula Selasa hingga 19 Mei bagi membantu siasatan.
Strategi Singapura sesuai diadaptasi di Malaysia untuk pulihara keadaan pokok - Pakar
Usaha konservasi pokok warisan menerusi Heritage Tree Scheme yang dilaksanakan Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) boleh dijadikan contoh.
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah lori
Seorang suspek perampas lori telah ditahan pada malam isnin selepas dikejar polis dalam keadaan berbahaya melalui beberapa jalan di lima, ibu negara peru.
Kamera keselamatan di perbandaran ate, timur lima, menunjukkan lelaki itu melarikan diri dengan panik melalui beberapa jalan di daerah itu, sehingga berlanggar dengan kenderan peronda polis dan bergerak dalam keadaan bersimpang siur tanpa mengendahkan arahan pegawai polis.
Kamera keselamatan di perbandaran ate, timur lima, menunjukkan lelaki itu melarikan diri dengan panik melalui beberapa jalan di daerah itu, sehingga berlanggar dengan kenderan peronda polis dan bergerak dalam keadaan bersimpang siur tanpa mengendahkan arahan pegawai polis.
Ahli perniagaan dipenjara empat tahun tipu pengurus undang-undang Jakel, babit kerugian RM400,000
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, di akhir kes pembelaan.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
Tipu katering: Fauziah ada empat kes dihendaki polis
Polis meminta kerjasama seorang wanita untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penipuan dalam urusan katering di daerah ini.
Proses inkuiri kenal pasti identiti Paiman Shakimon dalam perbincangan - Pendakwaan
Pendakwaan dan pembelaan sedang berbincang mengenai proses inkuiri bagi menentukan sama ada seorang lelaki yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah Paiman Shakimon.
Bekas CEO institut automotif didakwa lagi, tuduhan tipu RM6.4 juta
Seorang bekas CEO institut automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu Lembaga Pengarah MMARii.
Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan
MB Inc tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.
Kerani wanita di Miri rugi RM60,000 akibat penipuan tawaran kerja
Seorang kerani wanita rakyat tempatan di Miri, bahagian utara Sarawak mengalami kerugian berjumlah RM60,000 akibat kes penipuan tawaran kerja sambilan dari aplikasi 'Asia Shopping'.
Kes jenayah komersial meningkat, babit kerugian RM14.33 bilion dalam tempoh lima tahun
Kes jenayah komersial merekodkan peningkatan sebanyak 53.2 peratus dengan nilai kerugian dianggar mencecah RM14.33 bilion dalam tempoh lima tahun.
Lebih 22,500 warga China didakwa kerana jenayah kewangan pada 2023
Pihak berkuasa kehakiman China mendakwa 22,529 orang dalam tempoh 11 bulan pertama pada tahun 2023 atas pelbagai jenayah kewangan.
Polis terima lebih 500 laporan berhubung kes penipuan tiga syarikat pelaburan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 547 laporan berhubung kes penipuan oleh tiga syarikat pelaburan dan sebanyak 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.