awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru 75 individu dikehendaki bagi beberapa kes jenayah

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
18/10/2017
06:10 MYT
Polis buru 75 individu dikehendaki bagi beberapa kes jenayah
Othman (tengah) menunjukkan gambar orang dikehendaki dalam sidang media di IPK Pahang. -Astro AWANI
Polis Pahang memburu 75 individu yang dikehendaki (wanted person) termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes jenayah yang berlaku di sekitar negeri ini sejak 2010.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, daripada jumlah itu, kes bunuh seramai enam orang, rogol (5), mencuri dalam bangunan (4) dan mendatangkan kecederaan (2).
Selain itu, katanya, turut dicari adalah kes melibatkan curi motosikal membabitkan 24 individu, pecah rumah (21), mencuri (12), menceroboh (1).
"Dua wanita berkenaan pula ada membabitkan kes curi dan pecah rumah. Selain wanted person di sini, sebahagian daripada mereka turut dikehendaki oleh polis kontinjen lain.
"Kita percaya individu-individu ini masih ada dalam Pahang dan ada juga berada di luar negeri," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, semalam.
Beliau berkata, nama dikeluarkan itu adalah sebahagian daripada 1,770 orang dikehendaki polis di negeri ini.
Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan senarai nama orang yang dikehendaki itu dari semasa ke semasa kepada pihak media bagi mengurangkan jumlah berkenaan.
Sehubungan itu, Othman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu dicari segera menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes.
"Wajah dan maklumat orang dikehendaki termasuk nombor telefon pegawai penyiasat boleh didapati dalam laman facebook rasmi Polis Pahang," katanya.
Topic Berkaitan
#curi dalam bangunan
#curi motosikal
#individu yang dikehendaki
#Othman Nanyan
#pecah rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan