awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru anggota terakhir 'Geng Ah Fatt'

Bernama
Bernama
16/10/2013
10:34 MYT
Polis buru anggota terakhir 'Geng Ah Fatt'
Polis sedang memburu seorang lagi anggota 'Geng Ah Fatt', iaitu lelaki Indonesia, yang terlibat dalam kes samun sebuah rumah orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata suspek yang dikenali sebagai Ahmad Mohammed, berusia lingkungan 40-an, itu dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.
"Kumpulan itu dianggotai enam orang. Suspek pertama ditembak semasa melakukan kes samun di sebuah rumah VVIP di Bukit Tunku di sini pada April tahun lepas manakala empat suspek lagi ditembak mati Jumaat lepas.
"Suspek keenam masih diburu. Jika dapat berkas suspek ini, polis berjaya menumpaskan kumpulan ini dan menyelesaikan lima kes samun rumah VVIP sebelum ini serta dua kes samun di Bukit Antarabangsa baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Pada Jumaat lepas, empat lelaki asing itu ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat sini pada 12.20 tengah hari selepas menyamun rumah orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang kira-kira 3 pagi.
Topic Berkaitan
#Bukit Antarabangsa
#Geng Ah Fatt
#Mohmad Salleh
#polis
#samun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan