awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua lelaki samun kedai runcit

Bernama
Bernama
16/04/2024
15:50 MYT
Polis buru dua lelaki samun kedai runcit
Polis memburu dua lelaki disyaki terlibat kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Kebun Baru, Telok Panglima Garang hari ini. - Gambar hiasan/X/@bernamadotcom
SHAH ALAM: Polis memburu dua lelaki disyaki terlibat kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Kebun Baru, Telok Panglima Garang hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Salleh berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada pemilik kedai itu pada 3 petang.
"Siasatan mendapati seorang daripada suspek memasuki kedai dengan menutup muka menggunakan baju yang dijadikan topeng, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.
"Suspek yang bersenjatakan parang kemudian melarikan laci yang mengandungi wang tunai, dua tabung masjid dan satu telefon bimbit milik pekerja kedai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Ridhwan berkata siasatan awal mendapati kejadian itu menyebabkan pemilik kedai kerugian kira-kira RM3,000.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerusi talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes samun
#kedai runcit
#Kebun Baru
#Polis Daerah Kuala Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan