awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua lelaki terlibat kes pukul akibat perselisihan faham di Facebook

Bernama
Bernama
19/06/2022
22:00 MYT
Polis buru dua lelaki terlibat kes pukul akibat perselisihan faham di Facebook
Polis kini giat memburu kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini, Jumaat lepas dipercayai akibat perselisihan faham di laman Facebook.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Nasir Drahman berkata dalam kejadian pada 8 malam itu, mangsa berusia 48 tahun telah berjumpa dengan dua lelaki di restoran itu bagi menyelesaikan masalah peribadi.
Beliau berkata seorang daripada suspek dipercayai memuat naik gambar bapa mangsa yang telah meninggal dunia selain mengaibkannya di laman Facebook.
Bagaimanapun, Mohd Nasir berkata semasa perbincangan, lelaki terbabit naik angin dan memaki hamun sebelum dia dan rakannya bertindak memukul mangsa menggunakan batang besi paip dan kerusi plastik.
"Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta dan menerima 12 jahitan di kepala," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu kelmarin dan kini giat memburu kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Mohd Nasir memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat Sjn Ahmad Faizal menerusi talian 019-7691924 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes gaduh
#Perselisihan Faham
#Facebook
#Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan