awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua suspek pukul lelaki hingga mati

Aida Aziz
Aida Aziz
03/09/2020
09:30 MYT
Polis buru dua suspek pukul lelaki hingga mati
Superintendan Mohd Khaizam menunjukkan dua wajah suspek yang sedang diburu, dan mereka masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau. - PDRM
Gara-gara cemburu, seorang lelaki sanggup memukul kenalannya menggunakan sebatang kayu sehingga mengalami kecederaan parah dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jalong, Sungai Siput kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, mangsa Mohd Izar Mohamad Anuar, 22, yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala itu dibawa di Hospital Sungai Siput sebelum disahkan meninggal dunia tengah malam Khamis.
“Pihak polis sedang memburu dua suspek untuk membantu siasatan kes di mana salah seorang daripada mereka dikenali sebagai ‘Amy’ dan juga seorang lagi dikenali sebagai ‘Zaim’ atau ‘Manap’.
“Jadi mana-mana orang awam yang pernah bertemu dengan mereka atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua dua individu ini minta tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis dalam meneruskan siasatan kes ini. Pihak polis juga minta kedua-dua suspek tampil menyerah diri sekiranya mereka berada di kawasan berhampiran,” ujar Mohd Khaizam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput di sini pada Khamis.
Menurutnya, kedua-dua suspek tersebut masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau sebanyak lapan dan empat kes, berkaitan jenayah dan dadah.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa pada awalnya dipanggil ke lokasi kejadian sebelum dipukul dan dia kemudiannya dihantar pulang ke rumahnya selepas itu.
Kata Mohd Khaizam lagi, mangsa masih sedar ketika dibawa ke hospital namun dia kemudiannya tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HRPB pada pukul 12.37 tengah malam tadi.
Katanya, susulan laporan polis yang dibuat keluarga mangsa, dua lelaki berusia 17 dan 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan mereka ditahan reman selama lima hari sehingga 5 September depan.
Polis turut merampas sebatang kayu berukuran hampir satu meter dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut.
Katanya, berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa, polis percaya pergaduhan tersebut hanya melibatkan mangsa dan suspek utama namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#dua suspek
#jenayah
#mangsa maut
#mohd khaizam ahmad shahabudin
#PDRM
#polis
#pukul lelaki
#Sungai Siput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan