awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Didakwa tidak hormat privasi, menteri turunkan gambar ziarah Abdul Hadi
DUNIA
Iran dan Israel lancar serangan baharu, Trump timbang penglibatan AS
DUNIA
Jepun rancang bawa keluar 90 rakyat dan ahli keluarga dari Iran melalui jalan darat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Polis buru dua suspek terlibat jenayah samun bersenjata di Muar

Bernama
Bernama
19/12/2024
01:20 MYT
Polis buru dua suspek terlibat jenayah samun bersenjata di Muar
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menyalurkannya kepada balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
MUAR: Polis giat memburu dua lelaki terlibat dalam kejadian kes samun bersenjata yang berlaku di Taman Sri Treh, di sini, pada kira-kira pukul 6.20 petang, Selasa lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata sebaik menerima panggilan daripada orang awam pihaknya bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua suspek telah berjaya melarikan diri.
Katanya semalam, polis berjaya menemukan kenderaan yang digunakan suspek yang ditinggalkan di Jasin, Melaka. Pihak polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan denda serta sebatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menyalurkannya kepada Insp P S Seventhi di talian 011-1625 1909 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di talian 06-952 6001 bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun bersenjata
#polis buru suspek
#Muhammad Aidil Roneh Abdullah
#Taman Sri Treh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami