awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru empat lelaki samun bersenjata api di Bukit Selambau

Bernama
Bernama
18/11/2024
23:45 MYT
Polis buru empat lelaki samun bersenjata api di Bukit Selambau
Polis sedang memburu empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah premis membeli hasil sawit di Kampung Perak Sungkup, Bukit Selambau, pada Ahad lepas.
SUNGAI PETANI: Polis sedang memburu empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah premis membeli hasil sawit di Kampung Perak Sungkup, Bukit Selambau, pada Ahad lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Wan Azharuddin Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 1.50 tengah hari yang memaklumkan tentang insiden samun menggunakan senjata api di lokasi kejadian.
"Sebuah kereta Honda City dilihat memasuki kawasan premis. Tiga suspek lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam turun dari kereta dan meluru ke arah beberapa pekerja di hadapan premis tersebut, manakala seorang lagi suspek menunggu di dalam kenderaan.
"Semasa kejadian, suspek menggunakan pistol dan parang. Seorang daripada mereka memecahkan cermin tingkap dan melepaskan tembakan ke arah siling premis sebelum melarikan diri dengan kereta yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Azharuddin berkata, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 04-4236999.
Sementara itu, dalam kes berasingan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun bersenjata di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, pada hari sama.
Wan Azharuddin berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, sekitar petang semalam.
"Turut dirampas, seutas rantai tangan yang dipercayai berkaitan dengan kes samun di Bandar Puteri Jaya," katanya menambah siasatan lanjut mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes samun tersebut, selain turut mempunyai 12 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan 10 rekod kesalahan dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda, atau sebatan.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang wanita warga emas berusia 68 tahun diancam dengan pisau di rumahnya sebelum suspek melarikan rantai tangan dan cincin emas milik mangsa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun senjata api
#empat lelaki diburu
#Kampung Perak Sungkup
#Bukit Selambau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan