SHAH ALAM: Polis sedang memburu empat suspek kes samun bersenjata di sebuah rumah banglo di Taman Sri Andalas, Klang, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata dalam kejadian itu, empat individu yang memakai topeng, sarung tangan serta bersenjatakan parang telah memberhentikan kereta jenis Proton Perdana dinaiki mereka di hadapan kediaman tersebut.
Beliau berkata mangsa yang berada di dalam rumah iaitu tiga sekeluarga terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 46 dan 88 tahun ditempatkan di dalam bilik utama sambil diawasi dua suspek.
"Seorang daripada suspek mengambil rantai leher yang dipakai oleh dua orang mangsa manakala suspek lain menyelongkar bilik dan beg tangan mangsa.
"Suspek kemudian melarikan diri melalui pintu hadapan dengan menggunakan kenderaan sama.
"Seorang daripada mangsa cedera di jari kelengkeng kiri akibat menahan pintu semasa kesemua suspek cuba masuk ke dalam rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Cha berkata hasil semakan mendapati mangsa kerugian kira-kira RM25,000 meliputi beberapa jenis barang kemas, wang tunai dan sebuah telefon pintar.
Beliau berkata Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hadir membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.
"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan.
"Usaha sedang dilakukan bagi menangkap kesemua suspek terlibat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau suspek diminta menyalurkannya kepada IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Dalam kejadian itu, empat individu yang memakai topeng, sarung tangan serta bersenjatakan parang telah memberhentikan kereta jenis Proton Perdana dinaiki mereka di hadapan kediaman tersebut. -Gambar hiasan

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan
Jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada pengeluaran sebanyak 1,172,544 ekor arowana negara pada 2022.

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan
Pan Gon berkata, hasil pemantauan mendapati, tiada tanda positif Haqimi Azim dapat hadir menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

PM seru masyarakat beri tumpuan tingkat mutu pendidikan
Katanya, dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama.

Samun bersenjata: Dua wanita antara empat ditahan - Polis
Kesemua suspek warga tempatan berkenaan masing-masing ditahan di Senawang, Negeri Sembilan dan Putra Perdana, Puchong.

Bekas polis direman samun peniaga sayur RM400
Seorang bekas polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan menggunakan senjata terhadap seorang lelaki di hadapan rumahnya di Taman Bukit Cheng, Melaka, 29 April lalu.

Polis buru empat suspek kes samun bersenjata parang
Polis sedang memburu empat suspek kes samun bersenjata di sebuah rumah banglo di Taman Sri Andalas, Klang, pagi semalam.

Polis buru lima suspek kes samun bersenjata parang
Lima sekeluarga diikat tangan dan disumbat mulut, seterusnya rumah digeledah untuk melarikan wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit.

Wanita antara dua ditahan kerana samun bersenjata di USJ
Seorang wanita antara dua ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun berkumpulan dan bersenjatakan parang di sebuah rumah di USJ 9, Subang Jaya, semalam.

Lima lelaki ditahan terlibat kes samun bersenjata kedai serbaneka 24 jam
Kesemua suspek yang berusia 20 hingga 30 tahun terbabit ditahan menerusi empat siri serbuan di kawasan Wangsa Maju dan Pudu.

Samun guna pistol mainan, penganggur direman enam hari
Seorang pengganggur direman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes samun kedai emas dengan senjata pistol mainan di Jalan Sultan Iskandar Ipoh.

Polis buru penyamun bersenjata parang di Klang
Mangsa yang ketika itu sedang mengemas di bahagian dapur rumah telah disamun tiga rantai emas oleh suspek.

Samun bersenjata: 2 lelaki larikan barang kemas, wang tunai lebih setengah juta ringgit
Dua lelaki disyaki bersenjatakan objek menyerupai pistol menyamun sebuah kedai emas di Taman Ipoh Jaya, di Ipoh, hari ini.

Polis tahan suspek samun berparang kedai serbaneka 24 jam di Ipoh
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab dalam kes samun bersiri dengan bersenjatakan parang, di kedai-kedai serbaneka 24 jam sekitar bandar raya Ipoh.