awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang

Bernama
Bernama
24/02/2025
09:25 MYT
Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000. - Gambar hiasan
SEPANG: Polis sedang memburu sekumpulan warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan parang dipercayai memecah masuk rumah melalui pintu belakang.
"Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000. Semasa kejadian terdapat enam orang di rumah termasuk seorang pembantu, dengan seorang daripada mereka diikat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp B. Sathiyan di talian 013-2060771 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di 03-87774222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyamun
#warga Indonesia
#senajat parang
#polis
#Bandar Baru Salak Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan