awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki bertopi keledar lepas tembakan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2026
07:15 MYT
Polis buru lelaki bertopi keledar lepas tembakan
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang lelaki bertopi keledar melepaskan tembakan ke arah seorang individu di sebuah restoran makanan segera di Banting pada Ahad. - Sinar Harian
BANTING: Lelaki yang melepaskan tembakan hingga menyebabkan kematian seorang pengunjung sebuah restoran makanan segera di sini giat diburu polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, usaha mengenal pasti identiti suspek masih dijalankan.
"Semakan awal mangsa dikesan memiliki rekod jenayah. Namun kita tidak boleh dedahkan lanjut perkara ini kerana kes masih dalam siasatan.
"Kita sedang menyiasat motif kejadian daripada pelbagai sudut sama ada berkait elemen gangsterisme dan lain-lain," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum itu, tular rakaman video memaparkan lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar meluru masuk di restoran terbabit sebelum melepaskan beberapa das tembakan.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.05 malam, Ahad mangsa iaitu lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -- Sinar Harian



Topic Berkaitan
#lelaki bertopi keledar
#lepas tembakan
#restoran makanan segera
#Banting
#Polis Daerah Kuala Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan