Skip to main content

Malaysia

Polis buru lelaki gunting Jalur Gemilang

71660783576_guntingbendera.jpg
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki yang melakukan perbuatan khianat dengan menggunting Jalur Gemilang yang dipasang di tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), ibu negara.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan, setakat ini tiada laporan dibuat oleh mana-mana individu berhubung kejadian tersebut.

"Tindakan mengesan lelaki yang melakukan perkara itu sedang dijalankan," katanya ringkas, pada Rabu.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat dimuat naik di aplikasi TikTok menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi menggunting dan merosakkan beberapa bendera Jalur Gemilang.

Difahamkan terdapat pengguna jalan raya yang melihat kejadian menegur perbuatannya namun dimarahi.





Advertisement

Must Watch Video