awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru penyamun bersenjata parang di Klang

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2022
22:30 MYT
Polis buru penyamun bersenjata parang di Klang
Polis sedang memburu suspek bersenjatakan parang yang terlibat dalam dua kes samun di Kapar dan Bukit Raja pada Isnin. -Foto Sinar Harian
KLANG: Polis sedang memburu sekumpulan penjenayah yang terlibat dalam dua kes samun bersenjatakan parang di Taman Intan, Kapar dan di tepi jalan berhampiran Taman Klang Utama, Bukit Raja di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 3.05 petang di sebuah rumah di Taman Intan, Kapar.
Menurutnya, berdasarkan siasatan dijalankan ketika kejadian, seorang wanita sedang mengemas rumahnya dalam keadaan pintu dan pagar terbuka.
"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi menunjukkan sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki empat lelaki bersenjatakan parang telah keluar dari kereta tersebut.
"Mangsa yang ketika itu sedang mengemas di bahagian dapur rumah telah disamun libat tiga rantai emas oleh suspek terlibat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, sejurus selepas kejadian pertama, satu lagi kejadian samun dilaporkan berlaku pada jam 3.20 petang di Taman Klang Utama, Bukit Raja.
Beliau berkata, dalam kejadian terbabit, mangsa iaitu dua lelaki warga tempatan ditahan oleh sekumpulan individu yang menaiki sebuah kereta Proton Waja.
"Suspek kemudian bertindak meragut dua utas rantai emas yang dipakai mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher," katanya.
Menurutnya, polis sedang menjalankan usaha bagi memburu suspek-suspek terlibat dan kes disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Pihaknya turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nur Saiful Hazwan Mohamad Ridzuan di talian 016-7404177.
Pada Isnin, tular video di media sosial dipercayai rakaman CCTV yang memaparkan satu kejadian samun di sebuah rumah di sekitar Klang. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#samun bersenjata
#Taman Intan
#Taman Klang Utama
#bukit raja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan