awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cadang zon penampan diwujudkan di antara Kelantan, Thailand

Sinar Harian
Sinar Harian
24/09/2022
00:15 MYT
Polis cadang zon penampan diwujudkan di antara Kelantan, Thailand
Muhamad Zaki (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima Mohamad Syahir Zafran Mohd Shaharil, 13, (tiga, kiri). -Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Polis Kelantan memberi cadangan supaya zon penampan di sempadan antara negeri itu dan Thailand diwujudkan bagi mencegah jenayah penyeludupan serta penculikan.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, cadangan itu antara lain sebagai alternatif berbanding pembinaan tembok batu sepanjang lokasi di sempadan.
“Sempadan negara di Kelantan ini terlalu besar dan panjang iaitu membabitkan sempadan sungai sepanjang 99 kilometer (km), darat sekitar 27 km tidak termasuk sempadan lautan.
“Aspek keselamatan sempadan amat ditekankan. Berbanding binaan tembok, lebih baik diwujudkan zon penampan antara tebing sungai dengan tempat penempatan di sempadan bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat sempena Program Community Policing dan Penyampaian Sumbangan kepada Asnaf di Masjid As-Syakirin di Kelewek, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata, zon penampan tersebut perlu dilengkapi pencahayaan baik, kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera yang membolehkan pihak berkuasa bertindak lebih cepat jika sesuatu jenayah berlaku.
“Sempadan bukan setakat isu banjir tetapi penting aspek keselamatan. Perkara ini sudah dibangkitkan semasa program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Menurut beliau, langkah itu akan meningkatkan kemampuan pencegahan lebih berkesan bagi mengekang penyeludupan barangan larangan termasuk dadah, kontraban dan penculikan.
Zon penampan merujuk kepada kawasan luas untuk menjauhkan dua atau lebih wilayah serta tidak dihuni dengan simpanan alam semula jadi tanpa pelancongan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#zon penampan
#Muhamad Zaki Harun
#sempadan Malaysia Thailand
#pembinaan tembok batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan