awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari dua lelaki bantu siasatan kes tetak dua beranak

Bernama
Bernama
24/01/2022
21:00 MYT
Polis cari dua lelaki bantu siasatan kes tetak dua beranak
Polis telah menahan enam lelaki dalam lingkungan 17 hingga 25 tahun antara pukul 4.40 pagi 16 Jan hingga 9.30 malam 18 Jan lepas di sekitar Lukut dan Port Dickson. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes tetak dua beranak menggunakan parang di Taman Jimah Jaya Site C, Chuah, Port Dickson dekat sini pada 16 Jan lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata individu berkenaan ialah V Vithyathran, 32, yang beralamat di Taman Springhill, Rantau dan B Selvam, 21, dari Taman Jaya Lukut, Port Dickson.
Beliau berkata polis telah menahan enam lelaki dalam lingkungan 17 hingga 25 tahun antara pukul 4.40 pagi 16 Jan hingga 9.30 malam 18 Jan lepas di sekitar Lukut dan Port Dickson yang disyaki turut terlibat dengan kes itu dan merampas dua motosikal dan sebilah parang yang disyaki digunakan untuk mencederakan mangsa.
"Semakan rekod lampau dapati lima daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang positif ganja dan ketika kejadian mereka berada dalam keadaan pengaruh alkohol.
"Kesemua mereka telah direman selama lapan hari sehingga semalam. Arahan pertuduhan juga dikeluarkan terhadap dua daripada mereka dan seorang masih bebas manakala empat yang lain dijadikan sebagai saksi pendakwaan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Aidi Sham berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.43 pagi pada 16 Jan lepas, seorang lelaki berusia 46 tahun dan anak lelakinya, 16, dilaporkan cedera parah di bahagian badan dan tangan akibat diserang sekumpulan lelaki bermotosikal.
Aidi Sham berkata mereka juga merosakkan kenderaan milik keluarga mangsa dengan memecahkan cermin kereta dan tingkap sebelum melarikan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tetak dua beranak
#Port Dickson
#Taman Jimah Jaya Site C
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan