awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Matahari muncul semula - Holgado
Mohd Kurniawan Naim angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat
Melangkah bersama kelestarian: Komitmen Ajinomoto (Malaysia) Berhad demi masa depan lebih hijau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari pasangan suami isteri 'lari' selepas kereta terjunam dalam sungai

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/07/2025
15:52 MYT
Polis cari pasangan suami isteri 'lari' selepas kereta terjunam dalam sungai
Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi selepas seorang saksi mendakwa terdengar bunyi bising di kawasan sungai tersebut. - Foto JBPM Selangor
KAJANG: Polis sedang mengesan sepasang suami isteri yang dipercayai melarikan diri selepas kenderaan Perodua Alza yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai sedalam kira-kira 1.5 meter berhampiran Jalan Kuari, Sungai Long, Hulu Langat, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi selepas seorang saksi mendakwa terdengar bunyi bising di kawasan sungai tersebut.
Menurut saksi, kira-kira jam 9 pagi, mereka melihat seorang lelaki dan seorang wanita keluar dari kenderaan itu sebelum melarikan diri ke arah yang tidak diketahui.
"Hasil siasatan mendapati pemilik kenderaan berkenaan merupakan seorang lelaki warga tempatan yang memaklumkan kenderaan itu disewakan kepada individu lain sebelum dipinjam pasangan suami isteri terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Naazron berkata, usaha mengesan pasangan terbabit masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya segera menghubungi Ketua Polis Balai Batu 14 Hulu Langat, Sarjan Mejar Mohd Nasyran Ab Wahab di talian 019-2642499 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#kereta terjunam sungai
#kemalangan
#dicari polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan