Polis percaya pistol yang diguna dalam pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dibuang di kawasan Tasik Mines bersebelahan Lebuhraya Besraya di sini.
Polis yang menjalankan operasi mencari senjata api terbabit sejak semalam membawa suspek utama ke kawasan itu Isnin.
"Kita syak senjata api yang digunakan suspek dibuang di kawasan ini," kata Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur, Supt Yahya Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati suspek, 44, yang memakai baju lokap berwarna jingga diiringi anggota polis dibawa ke lokasi berkenaan pada 1.20 petang.
Operasi hari ini bermula 10 pagi, membabitkan 30 anggota dan pegawai polis daripada polis kontinjen Kuala Lumpur, Unit Forensik, Unit Skuba Bukit Aman serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan berakhir tujuh jam kemudian.
Sebanyak lapan anggota Unit Skuba turut menyelam mencari bahan bukti itu di dalam tasik yang mempunyai kedalaman 10 meter berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata operasi mencari senjata api itu akan diteruskan esok dengan membawa peralatan seperti alat pengimbas senjata.
"Operasi ini diketuai timbalan saya, ACP Kahiry Ahrasa," katanya ketika dihubungi.
Suspek utama kes itu ditahan Ahad lepas bersama-sama dua rakannya dalam serbuan 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.
Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.
Bernama
Mon Sep 30 2013
Gawai Bidayuh Kampung Ta-ee meriah dengan acara 'birarak'
Sambutan Gawai disambut meriah bagi komuniti di Kampung Ta-ee, Serian -- apabila menerima kehadiran ribuan pengunjung untuk sama-sama menjayakan perayaan tersebut.
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN ikrar terus setia kepada Bersatu - Muhyiddin
Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, Muhyiddin berkata, arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
220 institusi TVET China tawar 3,125 penempatan tambahan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata 220 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di China telah menawarkan 3,125 penempatan tambahan untuk pelajar Malaysia melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan.
Indonesia sedia hantar tentera pengaman ke Gaza
Presiden Indonesia terpilih, Prabowo Subianto menyatakan kesediaan negaranya menghantar tentera pengaman dalam usaha menguatkuasakan gencatan senjata di Gaza jika diperlukan.
AWANI Borneo [01/06/2024] – Pan Borneo | Hari Gawai | Selepas tujuh tahun
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 1 Jun 2024
- Kementerian Kerja Raya mohon peruntukan laluan RedLine RM1 Bilion
- Hari Gawai: Sambutan di Kampung Ta Ee pamerkan keunikan tradisi Bidayuh
- Selepas tujuh tahun, Mount Kinabalu International Climbathon kembali
#AWANInews
#AWANIBorneo 1 Jun 2024
- Kementerian Kerja Raya mohon peruntukan laluan RedLine RM1 Bilion
- Hari Gawai: Sambutan di Kampung Ta Ee pamerkan keunikan tradisi Bidayuh
- Selepas tujuh tahun, Mount Kinabalu International Climbathon kembali
#AWANInews
Israel tawan semua akses bantuan ke Gaza selepas kuasai Koridor Philadelphi
Sekatan tentera Israel terhadap semua sempadan Semenanjung Gaza diperketat dan semua akses masuk bantuan telah ditawan.
Masdar UAE berminat melabur dalam industri tenaga hijau Sarawak - Abang Johari
Syarikat tenaga bersih di UAE, Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) berminat untuk melabur dalam industri tenaga hijau khususnya solar di Sarawak.
Mount Kinabalu International Climbathon kembali
Acara pendakian antarabangsa atau Mount Kinabalu International Climbathon yang terkenal di seluruh dunia kini kembali dilaksana semula selepas tujuh tahun pada 6 Oktober 2024 di Taman Kinabalu.
Rumah Panjai Luking, warisan zaman berzaman
Rumah Panjai iaitu rumah tradisi Iban amat sinonim dengan acara-acara keramaian yang lazimnya diadakan di ‘ruai’ iaitu ruang utama yang menghimpunkan penduduk.
Sarawak pastikan kualiti hidup rakyat meningkat
Kerajaan Sarawak berusaha dalam memastikan kualiti hidup rakyat terus meningkat dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif terutama sumber ekonomi baharu.
Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.
AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.
Moratorium berakhir: AmBank tawar bantuan pembayaran balik pada hujung minggu
Ambank menawarkan bantuan pembayaran balik pada hujung minggu melalui Ambank Assist.
AmBank akan agih RM20 bilion pinjaman PKS dalam tempoh 3 tahun
Kumpulan AmBank menyedari keperluan untuk bergerak lebih jauh lagi dalam membantu syarikat dengan pembiayaan.
Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.
Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.
Najib dinasihat berehat sementara siasatan dakwaan WSJ dijalankan
Najib Tun Razak dinasihatkan berehat daripada menguruskan sebarang tugas pentadbiran negara ketika siasatan ke atas dakwaan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran AS$700 juta ke akaunnya.
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Penasihat DAP menggesa polis membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon Julai 2013 lalu.
'Kenapa Najib tak nafi akaun AmBank itu bukan miliknya?' - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar mempersoal mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan nombor akaun AmBank yang dilaporkan WSJ.
'BAFIA halang AmBank, BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Khalid Ibrahim
Pihak AmBank atau BNM disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Wall Street Journal yang didakwa atas nama Najib wujud atau sebaliknya.