BAGAN SERAI: Polis meminta saksi kes kemalangan langgar lari menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Kilometer 112 Jalan Ipoh-Butterworth dekat Sungai Bogak di sini, 10 November tahun lalu supaya tampil membantu siasatan.
Dalam nahas kira-kira jam 11.15 malam itu, S Longeswaran, 25, meninggal dunia selepas sehari menerima rawatan di Hospital Taiping.
Kejadian turut mengakibatkan seorang lagi penunggang motosikal berusia 26 tahun mengalami luka di tangan dan kaki.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, nahas dipercayai berlaku semasa kedua-dua penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari arah Bagan Serai menghala ke Parit Buntar.
Menurutnya, sampai di tempat kejadian, datang sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti melanggar motosikal mangsa dari arah belakang
"Pelanggaran menyebabkan motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah motosikal lain.
"Kedua-dua penunggang motosikal terbabit terjatuh di atas jalan raya manakala pemandu kereta berkenaan telah melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Dalam kes berasingan, polis turut mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Kilometer 187.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada 18 November tahun lalu.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa Muhammad Azwan Adnan, 31, meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Taiping.
Mazuki berkata, semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal sendirian dari arah Taiping menghala ke Pulau Pinang untuk ke tempat kerja.
"Sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai tidak dapat mengawal motosikalnya dengan baik lalu terjatuh.
"Mangsa yang parah telah dibawa ke Hospital Taiping, namun disahkan meninggal dunia pada 20 November lalu," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kerian, Inspektor Mohd Khairul Hanafi Hanapi di talian 0136200564.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 03 2022
Dalam kemalangan kira-kira jam 11.15 malam itu, S Longeswaran, 25, meninggal dunia selepas sehari menerima rawatan di Hospital Taiping. -Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang
Polis Daerah Besut menerima maklumat kejadian yang menimpa mangsa Muhammad Syukri Mat Hussin, 27, kira-kira 4.30 pagi.
Penunggang motosikal maut dalam nahas tiga kenderaan di lebuh raya
Dua lelaki yang menaiki kereta Honda Civic mengalami kecederaan, dengan seorang tersepit di tempat duduk pemandu.
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut ketika berkonvoi
Kejadian kira-kira 10.15 pagi itu melibatkan tiga motosikal kuasa tinggi dan sebuah kereta.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.
Wanita maut motosikal dilanggar kereta dipandu warga asing
Wanita berusia 22 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz dilanggar kereta jenis Naza dipandu warga asing berusia 33 tahun.
Warga emas maut, motosikal dirempuh semasa masuk simpang
Aeshah maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang remaja yang merupakan pembonceng motosikal cedera ringan.
Polis kesan saksi kemalangan maut penunggang motosikal di Lebuhraya Cheras-Kajang
Kejadian dipercayai berlaku pada 5.55 pagi 12 Okt menyebabkan seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun maut.