awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang

Bernama
Bernama
19/04/2024
10:30 MYT
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu. - Gambar hiasan/BERNAMA
BUTTERWORTH: Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, di sini pada Rabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Izwan Abd Karim berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Insp Mohd Rizal Mohd Saberi di talian 018-4022120 atau 04-5741421.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang oleh seorang lelaki berumur 66 tahun yang datang dari arah Bagan Ajam menghala ke Bagan Lalang telah melalui di lampu isyarat dan pada yang sama datang sebuah kereta Perodua Axia dipandu oleh seorang lelaki berusia 29 tahun.
"Kereta itu dari arah Sungai Dua menghala ke Raja Uda dan bergerak lurus telah melanggar penunggang motosikal berkenaan, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal cedera dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan bedah siasat, kematian warga emas itu disebabkan kecederaan parah akibat nahas berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saksi kemalangan
#Bagan Lalang
#Polis Daerah Seberang Perai Utara
#persimpangan lampu isyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan