awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari saksi kes kemalangan empat maut di NKVE

Bernama
Bernama
11/06/2022
06:09 MYT
Polis cari saksi kes kemalangan empat maut di NKVE
Empat termasuk dua wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat insiden kemalangan yang menyebabkan empat maut di susur keluar arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi, agar tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.
"Kesemua mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan.
BACA: Empat maut, seorang parah dalam nahas di NKVE
Kemalangan | Empat maut, seorang cedera dalam nahas dua kereta
Media pagi tadi melaporkan empat termasuk dua wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di susur keluar arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh NKVE, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata bertindak atas panggilan yang terima pada pukul 4.11 pagi tadi, pihaknya mengenal pasti mangsa yang maut sebagai P. Puvaaneshwaran, 28; Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31 dan Leong i Man Yuen, 27 manakala mangsa yang parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NKVE
#maut
#empat maut
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan