awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari saksi perbicaraan kes dadah di mahkamah

Bernama
Bernama
08/12/2020
21:17 MYT
Polis cari saksi perbicaraan kes dadah di mahkamah
Lelaki itu atau sesiapa yang mengenalinya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nursyahirah Safri dengan menelefon 017-5853559.
BUKIT MERTAJAM:Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan saksi perbicaraan bagi kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi 1 Pulau Pinang, di George Town dekat sini pada 21 Dis ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata Shaharudin Musa, 51, beralamat di No 7, Lorong Siakap 28, Seberang Jaya di sini, sedang dicari polis.
"Saksi itu merupakan pemilik kenderaan di mana barang kes iaitu dadah dijumpai dan kehadirannya dalam perbicaraan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah amat penting," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya lelaki itu atau sesiapa yang mengenalinya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nursyahirah Safri dengan menelefon 017-5853559.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saksi
#perbicaraan
#Dadah
#mahkamah
#polis
#Seberang Jaya
#Bukit Mertajam
#pemilik kenderaan
#barang kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan